nana's profile[ n ㅏ ㄴ a]PhotosBlog Tools Help

Blog


    September 13

    alkisah

    dipetik dr afdlin shauki's blog

    Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih dan disambut baik oleh anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu bertanya kepada ayah.....

     

     Ayah: Hmmm....nak tanya apa?

     Anak: Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?

     Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sebuk- sebuk nak tanya? Si ayah mula menengking.

     Anak: Amin saja nak tahu ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?

     Si anak mula merayu pada ayahnya.

     Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu? Jerkah ayahnya lagi.

     Anak: Oh..20 ringgit..

     Amin menundukkan mukanya.

     Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?

     Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit? Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik..tidur! Dah pukul berapa nih...!!"

     Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya.

     Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit.

     Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar  memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini.

     Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya.

     Didapati anaknya masih belum tidur.

    "Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. Ambil ni"

    Si ayah mengeluarkan sekeping duit kaler merah. Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang.

    "Terima kasih banyaklah ayah!" Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping note 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal.

    Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang. "Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?? Dari mana kamu dapat duit tu??"

    Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya.

    Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan.....

    "Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari tu.

    Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit..." "Tak cukup duit nak beli apa??" Jerkah ayahnya lagi.

    "Ayah.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit.. Nah..ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu. Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah.." Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya...

     

    moral value...

    jgn la kite terlalu sibuk~haha

    at least call laa mak ayah kat kampung tu...

    buat sukjair ker..main game ker...gayut ngan awek ker..

    mak ayah musti kite ingat kan?

    cerita ni bukan utk ayah jer...tp utk org yg sibuk

    cerita utk org yg takde mase nak bermesra ngan org yg disayangi..ciwahh~

     

    Comments

    Please wait...
    Sorry, the comment you entered is too long. Please shorten it.
    You didn't enter anything. Please try again.
    Sorry, we can't add your comment right now. Please try again later.
    To add a comment, you need permission from your parent. Ask for permission
    Your parent has turned off comments.
    Sorry, we can't delete your comment right now. Please try again later.
    You've exceeded the maximum number of comments that can be left in one day. Please try again in 24 hours.
    Your account has had the ability to leave comments disabled because our systems indicate that you may be spamming other users. If you believe that your account has been disabled in error please contact Windows Live support.
    Complete the security check below to finish leaving your comment.
    The characters you type in the security check must match the characters in the picture or audio.

    To add a comment, sign in with your Windows Live ID (if you use Hotmail, Messenger, or Xbox LIVE, you have a Windows Live ID). Sign in


    Don't have a Windows Live ID? Sign up

    Trackbacks

    Weblogs that reference this entry
    • None